Pengumuman: Persembahan 9 Julai 2011 Dibatalkan

Salam hormat. Persembahan pada 9 Julai 2011 terpaksa dibatalkan atas sebab keselamatan gara-gara Himpunan Demo BERSIH. Persembahan tambahan akan diadakan pada 10 Julai 2011, 3.00 pm. Pemegang tiket 9 Julai boleh menukarkan tiket mereka ke mana-mana tarikh pilihan yang lain ataupun meminta pulangan wang. Hubungi Ticket2u di talian 03-4147 8600. Kami meminta maaf atas segala kesulitan yang timbul.

Wednesday, August 31, 2011

Saksikan Teater Mak Dara Nyonya di MaTiC, Jalan Ampang, KL,


Arahan: Rosminah Tahir
Karya: Wisran Hadi (Nyonya) & Siti Rohayah Attan (Mak Dara)
Barisan Pelakon: Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Fara Fauzana, Juhara Ayob, Sherry Abdullah, Norzizi Zulkifli & Zaifri Husin.


Tiket: RM32, RM52 & RM82.

Ticket2U Call Centre
Hotline Number - 03 4147 8600 begin_of_the_skype_highlighting            4147 8600      end_of_the_skype_highlighting
Fax Number - 03 4147 9600
Operation Hours
9:00AM until 5:00PM, Monday to Friday 


Kaunter Tiket

Istana Budaya, Jalan Tun Razak, 03-4026 5558 begin_of_the_skype_highlighting            03-4026 5558      end_of_the_skype_highlighting
-------------------------
Pejabat Tiket2u di Taman Melawati, Ulu Kelang
Di atas Pizza Hut Taman Permata / Melawati  Tel :: 4147 8600 begin_of_the_skype_highlighting            4147 8600      end_of_the_skype_highlighting fax :: 4147 9600 (9-5pm, Mon-Fri)
--------------------------
KLCC, Triways Travel Network
Tingkat 4, Suria KLCC
---------------------------

Taman Tun Dr. Ismail, Triways Travel Network
Satu baris dengan Celcom, berhadapan dengan Pizza Hut, Maxis, dekat bangunan yang dahulunya Menara IBM.
---------------------------
Shah Alam, Sri Amera Holiday
Seksyen 15, Plaza Otomobil, Persiaran Selangor.
--------------------------
Shah Alam, My Axis Travel
Gian Stadium Shah Alam.
---------------------------
Putrajaya, Sri Amera Holiday
Pasar Awam Precint 16
---------------------------
Kinrara, My Axis Travel
Giant Bandar Kinrara
---------------------------
Klang, My Axis Travel
Giant Bukit Tinggi
-----------------------------
Puchong (Giant) My Axis Travel
Giant Bandar Puteri Puchong
----------------------------
Puchong (Tesco) My Axis Travel
Tesco Puchong 
----------------------------
Kepong, My Axis Travel
Tesco Kepong

Tuesday, June 21, 2011

Pelakon Cerdik Hidupkan Cerita

Monday, June 20, 2011

Ibu Halimah Nampak Dirinya Dalam Juhara Ayob

Ibu Halimah Nampak Dirinya Dalam Juhara AyobTeks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Photography
KUALA LUMPUR, 21 JUN 2011: Pengasas Jamu Mak Dara, Halimah Shuib, 67, atau Ibu Halimah mengakui sangat mengagumi lakonan pelakon Juhara Ayob selepas kali pertama menyaksikannya dalam fragmen persembahan sebabak yang telah dipertontonkan di sidang media Teater Mak Dara Nyonya di Hotel Quality, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Malah, Ibu Halimah juga yakin Juhara Ayob merupakan orang yang tepat untuk menggalas watak utama dalam teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), pada 6 hingga 12 Julai depan.
"Terus-terang saya terkejut melihat persembahan dan lakonan yang dibawakan oleh Juhara. Sungguh tak sangka dan menakjubkan. Cara dia membawakan watak saya itu, kelihatan seperti banyak persamaanya walaupun saya difahamkan dia baru sahaja berlatih selama dua hari untuk menjayakan satu babak tersebut.
Hingga tak keterlaluan untuk untuk saya katakan, saya nampak betul diri saya dalam dirinya. Cara pembawakannya sangat berkesan dan sama dengan perwatakan saya tetapi mungkin boleh belajar lebih banyak lagi untuk hasil yang lebih memuaskan,"jelasnya kepada murai.com.my
Tambah Ibu Halimah lagi, pada awalnya, dia mahukan orang yang mempunyai ciri-ciri luaran yang sama dengannya iaitu dari segi warna kulit dan bentuk badan, namun dia terpaksa akur kerana semua itu tak penting untuk sampaikan mesej yang berkesan kepada penonton.
"Memang Juhara Ayob ada dalam barisan pelakon pilihan saya dan produksi. Agak sukar juga untuk memilih yang mana satu pelakon di dalam barisan kita yang layak untuk membawakan watak saya pada awalnya.
"Bayangkan pelakon itu bukan sahaja perlu membawakan watak bagaimana saya menempuh perjalanan hidup untuk menjadi seorang ahli perniagaan malah juga kisah hidup sebenar saya yang berliku ini sebanyak 20 muka surat kesemuanya.
"Namun, akhirnya pihak produksi memberitahu Juhara adalah orang yang layak untuk membawakan watak saya dan saya pun terus setuju. Kalau nak ikutkan saya mahukan orang berkulit sawo matang dan mempunyai bentuk badan seperti saya tetapi saya sedari semua itu tidak penting," tambahnya lagi.
Ibu Halimah yang juga bekas Ratu Kebaya ini turut memberitahu dia sendiri akan bersama-sama dengan Juhara untuk membimbing dan mendekaktkan diri dengannya supaya Juhara dapat lebih menghayati watak yang diabwakan.
"Saya sendiri akan turun padang dan melihat bagaimana perkembangan dan lakonan Juhara. Saya juga akan membimbing apa yang patut supaya dia dapat lebih menghayati dan memahami watak yang dibawakan itu," kata pengasas Jamu Mak Dara itu.
Teater Mak Dara Nyonya arahan Rosminah Tahir yang mendapat tajaan daripada Jamu Mak Dara Sdn Bhd ini nanti merupakan dua buah teater yang dihasilkan dalam satu pementasan. Pementasan teater Mak Dara akan dilakukan secara monolog oleh Juhara Ayob, manakala teater Nyonya akan dijayakan beberapa pelakon lain termasukan Norzizi Zulkifli, Misha Omar serta Sarimah Ibrahim.
Tiket untuk menyaksikan Teater Mak Dara Nyonya ini boleh didapati dengan harga RM32, RM52 dan RM82. Untuk keterangan lanjut sila hubungi             03-41478600      ,             012-2977220       dan             013-6293825      .

Norzizi Zulkifli Tak Mahu Dibayangi Khatijah Tan?

Norzizi Zulkifli Tak Mahu Dibayangi Khatijah Tan?
Teks oleh Syafiqah Jalal Foto oleh Mazlan Photography

KUALA LUMPUR, 17 JUN 2011: Biarpun diberi watak yang pernah digalas oleh Khatijah Tan, namun pelakon, Norzizi Zulkifli, 35, sedaya upaya tidak mahu lakonannya dibayangi dengan pelakon tersebut menerusi pementasan semula teater Mak Dara Nyonya yang bakal dipentaskan di Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), pada 6 hingga 12 Julai depan.
Malah, Norzizi Zulkifli yang memegang watak sebagai Keponakan A mengakui watak yang dipikulnya itu sangat berat serta mencabar, apatah lagi selepas lebih kurang dua tahun dia berehat serta meninggalkan bidang teater.
"Pada awalnya lagi, saya sudah diberitahu yang saya adalah pengganti kepada watak yang sepatutnya dipegang oleh Kak Khatijah Tan dalam teater Nyonya sebelum ini. Cuma bezanya sedikit watak Keponakan A dalam nyonya dikembangkan sedikit sesuai dengan tetater ini yang turut menggabungkan beberapa kisah tentang pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah.
"Saya mendapat tawaran ini pun baru sahaja iaitu dalam akhir bulan Mei yang lalu. Saya terus menerimanya sahaja memandangkan dah lama tak bergerak aktif dalam lakonan teater, tambahan pula diberikan watak sebesar ini. Kali terakhir saya meninggalkan teater pun pada tahun 2009. Sekurang-kurangnya boleh juga lepas gian untuk berlakon teater.
"Namun, terus-terang saya katakan watak ini sangat mencabar dan susah bagi saya. Ianya bukan sahaja menguji stamina saya malah juga kekuatan daya ingatan saya untuk menghafal dialong yang sangat panjang.
"Selain itu, cabaran lain adalah bagaimana saya perlu mencipta dan membina watak ini. Sudah tentu cara pembawakan saya dengan Kak Khatijah Tan berbeza dengan style saya," jelas Norzizi Zulkifli ketika dihubungi oleh murai.com.my
Sementara itu, penerbit CTRA Produksi, Siti Rohayah Atan berkata pemilihan Norzizi amat bersesuaian untuk menggantikan pelakon Khatijah Tan yang pada saat akhir memberitahu tidak dapat memberikan komitmen kepada teater tersebut.
"Selepas sidang media pertama teater Mak Dara Nyonya pada bulan Mei lalu Khatijah Tan terpaksa memberitahu bahawa dia tidak dapat memberikan komitmen sepenuhnya dalam teater ini kerana jadualnya bertindih dengan komitmen lain.
"Jadi, saya terus tidak membuang masa untuk mencari penggantinya. Saya tak fikir panjang kerana secara tidak langsung pada masa itu saya terus teringatkan Norzizi yang kebetulan sudah lama tidak berlakon teater. Lagipun saya tahu dia mampu membawa watak Keponakan A ini.
"Saya juga sarankan dia supaya bawa watak itu mengikut kesesuaian serta kemampuannya sahaja. Saya tahu setiap orang ada cara serta pendekatan mereka masing-masing. Pasti kelainan ini akan membuatkan orang tak sabar untuk menontonnya.
"Ditambah pula dengan pelakon yang pertama kali berlakon teater iaitu Farah Fauzana, saya rasa teater ini akan nampak lebih interesting dan fresh untuk tontonan kelak," jelas Rohayah Attan ketika dihubungi muria.com.my.
Selain Farah Fauzana dan Norzizi, beberapa pelakon popular yang menjayakan teater ini ialah Misha Omar, Sarimah Ibrahim, dan Sherry Syed Abdullah manakala Juhara Ayob mengalas tanggungjawab melakonkan watak Mak Dara.
Teater di bawah kerjasama Matic dan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) itu mengisahkan dua kisah tetater iaitu dari teater Nyonya dan gabungan kisah tentang perjalanan dan kesengsaraan hidup pengasas Jamu Mak Dara, Ibu Halimah.
Tiket untuk menyaksikan Teater Mak Dara Nyonya ini boleh didapati dengan harga RM32, RM52 dan RM82. Untuk keterangan lanjut sila hubungi             03-41478600 begin_of_the_skype_highlighting            03-41478600      end_of_the_skype_highlighting      ,             012-2977220 begin_of_the_skype_highlighting            012-2977220      end_of_the_skype_highlighting       dan             013-6293825 begin_of_the_skype_highlighting            013-6293825      end_of_the_skype_highlighting      .

Nota: Itu rambut palsu, OK, bukan rambut Zizie. Berpenat lelah team tatarias menyediakan rupa ini.  Apa-apapun, kami berbangga ianya nampak begitu 'real'.

Kembali ke Pentas (12 Jun 2011)

Kisah 'Ratu' Panggung (12 Jun 2011)

 

 

 




DUA nama yang cukup gah dan kuat dalam dunia teater. Penggerak, aktivis dan ‘penari’ watak yang membuahkan kepercayaan bahawa teater itu hidup, inilah antara individunya.
Bersembang dengan Juhara Ayob dan Norzizi Zulkifli, banyak gelak ketawa lantaran mereka mengembara dalam lapangan seni pada asas dan gelanggang yang sama. Nama-nama ini adalah tugu kepercayaan dalam teater, meletakkan arena itu pada lapangan yang serius.
Kini mereka kembali dalam sebuah naskhah arahan Rosminah Tahir yang berjudul Mak Dara Nyonya yang bakal dipersembahkan pada 6 hingga 12 Julai ini. Teater dengan enam karakter lakonan Juhara Ayob, Sherry Abdullah, Misha Omar, Fara Fauzana, Sarimah Ibrahim, Norzizi Zulkifli dan Zaifri Husin akan dipersembahkan di Malaysia Tourism Centre (Matic), Kuala Lumpur pada pukul 8.30 malam. Tanda dagang yang diletakkan pada teater ini berbunyi dua cerita, dua negara, satu pengarah.
Wisran Hadi dan Siti Rohayah Attan bergabung mempersembahkan dua cerita. Mak Dara dan Nyonya diadunkan dalam satu nafas buat penonton. Sebuah naskhah untuk dibuat renungan dan pembelajaran tentang hidup.
Ceritakan serba sedikit tentang watak kalian dalam teater Mak Dara Nyonya ini.
NORZIZI ZULKIFLI (NZ): Watak saya sebagai ‘keponakan A’ ini sukar kerana perlu mempelajari slanga Indonesia. Dalam membuat latihan sekarang, saya sedang mencari watak saya kerana pelbagai karakter boleh dibina dan direka. Keponakan A boleh jadi seorang yang bermulut jahat atau seorang wanita yang dilihat lemah lembut tetapi hati busuk. Kata kuncinya adalah jahat dan pengarah memberi saya ruang untuk membentuk watak saya sendiri.
JUHARA AYUB (JA): Saya membawakan watak Mak Dara yang semestinya sudah dikenali ramai dengan jamu dan bisnesnya. Untuk watak ini saya perlu melakukan persiapan yang rapi. Saya akan menemu ramah sendiri Mak Dara untuk mengenali dengan lebih dekat personalitinya. Saya juga merancang untuk menemuramah anak-anaknya serta individu yang rapat dengan dirinya. Saya mahu selidik perjalanan hidup dan konflik dirinya.
Banyak nama disebut-sebut untuk membawa watak Mak Dara dan akhirnya ia jatuh ke tangan Juhara. Komen sedikit.
JA: Saya sebenarnya sudah lama dengar tentang teater Mak Dara Nyonya ini dan pencarian pelakonnya. Malah saya turut mencadangkan beberapa pelakon untuk pegang watak Mak Dara. Sampai satu peringkat saya mengagak bahawa Rohayah Attan sudah dapat aktres pilihannya. Sampailah Rohayah SMS saya dan menawarkan watak Mak Dara kepada saya. Saya sebenarnya mahu beri peluang juga kepada artis lain untuk mencuba. Malah bangga kalau ada pelakon lain yang mampu melakukannya. Saya tidak kecil hati kerana menjadi pilihan ‘masa-masa terakhir’. Saya faham tidak ramai yang berani untuk bermonolog sebanyak 20 muka surat.

PARA pelakon berbakat besar ini bakal memberikan naskhah Mak Dara Nyonya dengan jiwa teater sesuai dengan kedudukan mereka, aktivis teater.


Seperti kata Rohayah Attan, dua teater dalam satu iaitu Mak Dara dan Nyonya ini ada unsur feminisme yang mahu dipertontonkan kepada khalayak. Bagaimana kalian melihat elemen ini?
JA: Watak-watak dalam teater ini mengangkat siapa wanita itu sendiri. Mungkin tafsiran penonton akan melihat sudut positif mahu pun negatif. Saya tidak mahu khalayak datang dengan persepsi selepas menonton ‘teruknya wanita itu’ tetapi sebaliknya melihat di sebalik karakter tersebut. Kekuatan dan kelebihan wanita. Saya juga tidak mahu khalayak hanya melihat kelemahan Mak Dara tetapi sama-sama meneroka masa silamnya dan melihat usaha beliau selama ini. Melihat daripada kacamata positif.
NZ: Kalau melihat karya-karya yang dibawakan oleh Rohayah Attan memang ada unsur feminisme dalamnya dan kali ini dia meneruskan lagi elemen itu dalam Mak Dara Nyonya. Melihat kepada aspek ini, tidak salah kerana tiada aktivis lain yang membawa elemen ini. Saya harap Rohayah teruskan stail ini.
Berbalik kepada pelakon lain yang dicadangkan Juhara untuk watak Mak Dara, bagaimana kalian selaku aktivis teater melihat fenomena menaikkan nama-nama komersial sebagai pelakon utama sesebuah teater?
NZ: Kalau melihat perjalanan sejarah bangsawan, mereka menggunakan bintang untuk menarik perhatian penonton. Sistem bintang atau pelakon filem ini telah lama digunakan. Masa awal saya belajar dahulu, saya ada pandangan prejudis terhadap sistem ini dan bertanya kenapa ia terjadi. Tetapi apabila belajar sejarah, saya faham bahawa ia telah lama digunakan. Tidak salah menggunakan bintang selagi sebuah teater itu diadunkan dengan pelakon teater yang sebenar. Ada yang guna kaedah ini tetapi tidak tahu budaya teater. Saya rasa orang yang bertanggungjawab adalah bahagian pentadbiran teater itu sendiri. Tidak semua bintang tahu budaya teater sebenar. Mungkin perlu ada kuota antara pelakon teater dan bintang dalam sebuah naskhah atau pementasan.
JA: Pelakon perlu tahu kebolehan diri masing-masing. Kalau mampu dan boleh menjadi versatil, kami selaku penggerak teater mengalu-alukan kedatangan kalian. Malah tidak ada perasaan cemburu terhadap bintang-bintang yang menapak dalam arena teater. Kalau mereka berani dan bagus dalam teater, itu sudah dikira bonus. Kita sebagai aktivis teater tahu kehendak dan keperluan naskhah. Berbalik kepada pelakon komersial ini, kalau mereka melakukannya dengan baik, itu bagus. Kalau tidak, itu hanya akan membusukkan nama mereka. Gunakan peluang sebaik mungkin. Saya lihat ada bintang-bintang yang mempamerkan kesungguhan dan kebolehan dalam bidang teater.
Secara logistik, mungkin khalayak lebih terarah untuk menonton di tempat yang berprestij dan mereka tahu. Bagaimana nasib teater-teater bagus di tempat yang mereka tidak biasa pergi?
NZ: Jujurnya, teater yang bagus itu selalu dipertontonkan di skala yang lebih kecil. Didominasi oleh syarikat atau produksi yang kecil. Tetapi ia juga melibatkan bajet yang kecil. Mungkin kerana tidak ada liputan atau promosi yang secukupnya tentang teater di tempat kecil itu maka ia tidak dikenali. Ada nasib yang baik, ia akan dikenali. Selalunya teater di tempat kecil ini dikongsi bersama-sama penggiat teater dan penonton yang kenal dengan produk sebegini.
JA: Industri sekarang ini industri bintang.

Sidang Media Teater Mak Dara Nyonya